Jangkitan Virus: cara untuk mengesan kehadirannya
Sumber: Google Jangkitan virus kepada komputer riba atau komputer personal terutamanya di tempat kerja atau pusat komputer sememangnya sinonim dalam kalangan pengguna peranti ini. Terlalu banyak ' tangan ' yang mengguna atau pendrive dicucuk menjadi salah satu punca kepada jangkitan ini. Tidak kurang juga bagi yang kerap memuat turun files daripada internet seperti filem atau drama bersiri serta perisian-perisian luar turut mengundang kepada permasalahan ini. Namun begitu, situasi seperti di atas sememangnya tidak lagi dapat dielak memandangkan dunia kini beroperasi dengan bergantung penuh kepada kemudahan IT seperti media sosial, email termasuk bahan belajar iaitu nota syarahan yang perlu dimuat turun sendiri penuntut institut pengajian tinggi dari laman sesawang rasmi universiti atau fakulti mereka. Jangkitan virus ini boleh menyebabkan variasi kesan kepada komputer dan ianya bergantung kepada jenis virus yang menjangkiti sistem samada berbahaya atau sekadar