Laptop menyala, Skrin gelap - JANGAN PANIK
Dalam keletihan menghadap laptop di tempat kerja, anda berkata di lubuk hati kecil anda "sambung malam nanti di rumah saja lah". Anda sedikit pun tidak tahu apa yang bakal menanti anda di rumah nanti. Anda tenang mengemas meja kerja di pejabat dan bergegas ke kereta sambil berkira-kira masa perjalanan untuk ke rumah termasuk kesesakan lalu lintas yang menanti.
Malam pun tiba dan anda pun telah selesai makan malam bersama keluarga dan bersedia mental dan fizikal untuk menyambung kerja di pejabat tadi. Laptop telah pun dibuka dan butang ON telah pun ditekan. Anda biarkan laptop untuk menyala sendiri sambil mencari dokumen di dalam beg kerja. Dokumen telah pun dijumpai dan anda terus berpaling ke laptop. PELIK, laptop telahpun menyala tetapi skrin masih gelap seperti sebelum butang ON ditekan.
"Ah, Sudah" bisik hati kecil anda, bermonolog sendirian sambil ditemani bunyi kipas dan cicak.
JANGAN PANIK atau PENING KEPALA
Permasalahan seperti di atas kebiasaanya terjadi atas 3 sebab umum;
1. RAM
Apabila laptop telah lama digunakan dan penggunaanya sangat kerap, RAM atau Random Access Memory anda samada telah rosak atau tidak dapat berfungsi dengan optimum. RAM yang berfungsi untuk membaca perisian atau sistem sesebuah CPU sebelum menterjemahkannya di skrin setelah melalui operasi normal CPU. Dalam bahasa mudah, tanpa RAM komputer tidak dapat menghidupkan sistem OS komputer seperti windows & Mac OS atau perisian lain seperti media player.
Untuk permasalahan pertama ini, sebaiknya RAM diuji dahulu untuk dipastikan masih berfungsi atau tidak. Caranya adalah dengan mengeluarkannya dari bahagian dalam laptop & mengeserkan pemadam di bahagian 'gigi' emas di RAM tersebut. Geserkan dengan kekuatan sederhana. Sesudah itu, tiup RAM tersebut untuk membuang habuk-habuk pemadam seterusnya letakkan semula di tempat asalnya di laptop dan cuba untuk 'ON' semula laptop anda.
p/s: Pastikan laptop telahpun di OFF sebelum mengeluarkan RAM & jika hasilnya tidak berjaya, cuba pula langkah seterusnya di bawah.
2. Bateri atau Charger@Adapter
Umum mengetahui bateri berfungsi untuk menyimpan tenaga dan membekalkannya. Fungsi ini disebabkan bateri diperbuat daripada bahan kimia & tindak balas kimia yang membolehkan ia berfungsi sedemikian. Namun, setiap tindak balas kimia akan mengalami kemerosotan prestasi atau 'expired' jika penggunaannya tidak betul dan patuh kepada 'pantang larang'nya.
Pengecasan bateri yang berlebihan iaitu dibiarkan cas walaupun bateri telahpun penuh, bateri terkena panas terlalu lama atau penggunaan perisian yang memakan bateri dengan banyak boleh menyumbang kepada permasalahan ini.
Namun, haruslah diuji terdahulu sebelum bateri atau charger disalahkan dan ditukar kepada yang baru. Caranya adalah dengan mencabut atau mengeluarkan terdahulu bateri dan membiarkan laptop menerima bekalan elektrik secara terus daripada charger. Selepas itu, cuba hidupkan laptop. Sekiranya tidak menjadi, pasangkan bateri pula dan cabutkan charger daripada laptop seterusnya hidupkan laptop sekali lagi.
p/s: Pastikan laptop telahpun di OFF sebelum mengeluarkan Bateri & jika hasilnya tidak berjaya, cuba pula langkah seterusnya di bawah.
3. Skrin Laptop
Setelah mencuba kedua-dua cara, boleh la dikatakan secara umum permasalahan ini berpunca daripada skrin laptop itu sendiri. Untuk permasalahan ini, anda akan memerlukan juru teknik IT yang berpengalaman untuk membuka bahagian dalam laptop seterusnya skrin laptop dan menguji satu persatu. Jika diakui skrin adalah puncanya, maka skrin laptop anda perlu digantikan dengan yang baru.
4. Motherboard
Ya! secara umumnya permasalahan ini disebabkan 3 punca tadi. Namun, ini pula adalah punca yang istimewa dan diletakkan di kelasnya tersendiri. Skrin tidak menyala juga boleh disebabkan oleh kerosakan di komponen motherboard, samada Graphic Card atau Chipset di motherboard itu sendiri yang memerlukan perhatian anda. Kerosakan di Chipset kebiasaanya berlaku kerana laptop kerap dibiarkan di dalam mode 'sleep' untuk jangka masa yang sangat panjang atau laptop dibiarkan ON terlalu lama.
Untuk penyelesaian masalah ini, sememangnya perlu kepada juru teknik yang bagus dan kos pembaikian juga tidak juga kurang istimewanya.
Jadi, tersangatlah pentingnya untuk mengambil berat pantang larang dalam penggunaan laptop ini untuk memastikan jangka hayat yang lebih panjang dan laptop dapat beroperasi pada tahap terbaik.

Gambar: Contoh umum RAM laptop Sumber: Google |

Gambar: Contoh umum Bateri Laptop Sumber: Google |

Gambar: Contoh umum skrin laptop Sumber: Google |
Setelah mencuba kedua-dua cara, boleh la dikatakan secara umum permasalahan ini berpunca daripada skrin laptop itu sendiri. Untuk permasalahan ini, anda akan memerlukan juru teknik IT yang berpengalaman untuk membuka bahagian dalam laptop seterusnya skrin laptop dan menguji satu persatu. Jika diakui skrin adalah puncanya, maka skrin laptop anda perlu digantikan dengan yang baru.
4. Motherboard
Ya! secara umumnya permasalahan ini disebabkan 3 punca tadi. Namun, ini pula adalah punca yang istimewa dan diletakkan di kelasnya tersendiri. Skrin tidak menyala juga boleh disebabkan oleh kerosakan di komponen motherboard, samada Graphic Card atau Chipset di motherboard itu sendiri yang memerlukan perhatian anda. Kerosakan di Chipset kebiasaanya berlaku kerana laptop kerap dibiarkan di dalam mode 'sleep' untuk jangka masa yang sangat panjang atau laptop dibiarkan ON terlalu lama.
Gambar: Contoh umum Chipset di motherboard Sumber: Google |
Untuk penyelesaian masalah ini, sememangnya perlu kepada juru teknik yang bagus dan kos pembaikian juga tidak juga kurang istimewanya.
Jadi, tersangatlah pentingnya untuk mengambil berat pantang larang dalam penggunaan laptop ini untuk memastikan jangka hayat yang lebih panjang dan laptop dapat beroperasi pada tahap terbaik.
Comments
Post a Comment