Industri Elektrik & elektronik: kesan perang perdagangan China-USA
Gambar: kawasan bangunan Apple Inc Sumber: Google |
Baru-baru ini dunia dikhabarkan tentang penurunan sehingga 15-30 peratus pelaburan dalam industri elektrik & elektronik (E & E) oleh USA kepada negara pengeluar IT nombor 1 dunia, China. Isu ini bukan lagi sesuatu yang mengejutkan memandangkan sejak beberapa bulan yang lepas perang dagang China-USA ini semakin signifikan dan mengganggu kelancaran ekonomi dunia.
Namun, kesan buruk perang dagang hanya dirasai dengan jelas oleh negara-negara atau pihak yang terlibat secara langsung dengan dua negara gergasi ekonomi ini. Bagi pihak yang bersikap berkecuali atau neutral, mereka adalah di pihak yang untung memandangkan kedua-dua negara ini berebut untuk menyumbang kepada pihak ini bagi mendapatkan sokongan.
Sebagai contoh, negara-negara di Asia Tenggara. Menurut MalaysiaKini.com (30 julai 2019) - "Turning point for E&E industry in Malaysia?", laporan jun 2019 mengatakan syarikat-syarikat gergasi IT yang berpangkalan di negara Mother Theresa ini bakal memilih Asia Tenggara sebagai destinasi baharu mereka untuk melabur dalam industri E & E.
Berdasarkan berita ini, dapatlah kita jangka yang negara jiran, Singapura bakal peroleh paling banyak dalam pelaburan memandangkan mereka saban tahun berkawan baik dengan Amerika Syarikat. Ditambah pula dengan suasana perindustrian yang sangat rancak serta akses kemudahan perdagangan kapal di pelabuhan-pelabuhan mereka yang maju. Kedua - dua faktor ini sudah mencukupi untuk syarikat-syarikat gergasi tersebut untuk memilih Singapura sebagai lokasi pelaburan mereka yang menggantikan China.
Gambar: Kawasan pelabuhan di Singapura Sumber: Google |
Walaubagaimanapun, kemampuan Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada rantaian gergasi IT ini tidak dapat dinafikan memandangkan negara ini sendiri mempunyai rekod yang amat baik bagi negara membangun di dalam industri E & E ini. Menurut The Star Online (13 Julai 2019) - "E&E industry – the golden goose of Malaysia", Malaysia merupakan negara ke-7 dunia di dalam senarai pengexport terbesar industri E & E ini. Menurut laman web tersebut juga, industri E & E ini menyumbang sehingga 38% daripada jumlah keseluruhan eksport negara pada 2018 dengan nilai lebihan dagang mencecah RM 119 Billion.
Industri E & E ini telah meyumbang dalam skala yang amat besar dalam kancah ekonomi negara termasuk pembangunan masyakarat sendiri melalui sumbangan kepada nilai eksport, pengukuhan ekonomi dengan pengurangan defisit kewangan negara dan peluang pekerjaan yang banyak. Malaysia berada kemakmuran dengan perkembangan industri ini.
Namun, peluang untuk memasuki rantaian gergasi IT ini seperti menjadi salah satu syarikat yang membangunkan teknologi Apple sebagai contoh di dalam bidang Reseach and Developement memerlukan syarikat tempatan kepada persediaan yang kukuh. Hal ini sudahpun dimulakan dengan langkah kanan apabila syarikat-syarikat yang mempunyai pangkalan di negara ini seperti Experia dan Infenitics sudahpun membawa bahagian RND mereka ke tahap yang baru menurut The Malaysian Insights (30 julai 2019) - "Turning point for electrical and electronics industry in Malaysia? – Part 1"
Tambahan pula, kerajaan kini telahpun melancarkan polisi nasional Industri 4.0 atau Industry 4WRD: National Policy on Industry 4.0 menandakan pembangunan industri Malaysia yang semakin rancak.Polisi nasional ini mengutamakan ke pengukuhan industri untuk perdagangan bagi bertahan dalam jangka panjang seiring dengan kempen Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu sasaran untuk kelestarian pembangunan.
Gambar: Muka depan buku malumat National Policy on Industry 4.0 Sumber: Google |
Pembangunan dan perubahan ketika di dalam industri E & E ini sememangnya menandakan kemampuan negara untuk mengambil peluang ini. Polisi yang dibawa oleh kerajaan dan arah perubahan syarikat-syarikat tempatan kesemuanya menjurus kepada kebolehan Malaysia untuk mengambil peluang keemasan ini.
Gambar: Info Grafik berkaitan National Policy on Industry 4.0 Sumber: Google |
Persoalan yang timbul di sini adalah sudah mencukupi atau sudah bersediakah Malaysia untuk terlibat dengan rantaian gergasi industri elekrik dan elektronik ini? dan mampukah negara untuk mengambil peluang yang besar ini dengan persaingan sengit negara lain yang mempunyai keinginan yang sama seperti Singapura dan negara Asean yang lain?
Pastinya kerjasama yang erat di antara syarikat-syarikat besar tempatan dan kerajaan pusat amatlah diperlukan untuk menjayakan perkara ini.
Comments
Post a Comment