Keperluan Asas Dalam Windows 10
Sehingga tahun 2019, Microsoft Inc milik Bangsawan Dunia Bill Gates telahpun mengeluarkan paling kurang 3 Sistem Komputer atau OS (Operating System) yang digunakan oleh sebahagian besar pengguna komputer iaitu Windows 7,8 dan 10.
Gambar: Skrin layar Windows 7 Sumber: Google |
Umum mengetahui windows 10 merupakan acuan terkini dan paling maju dalam kalangan OS tersebut. Namun, masih ada juga pengguna komputer yang tidak dapat menggunakannya secara optimum lantas menukarkan OS kepada versi yang lebih rendah. Hal ini bukan sahaja merugikan malah mengehadkan penggunaan perisian luar seperti Adobe yang memerlukan OS windows 10.
Gambar: Skrin layar Windows 8 Sumber: Google |
Kebanyakan daripada permasalahan ini berpunca daripada kekurangan dalam segi keperluan asas untuk menggunakan windows 10. Seperti kerja-kerja memasak, windows 10 juga memerlukan bahan serta alatan yang secukupnya untuk menjadi sesedap rasa.
Gambar: Skrin layar Windows 10 Sumber: Google |
Windows 10 merupakan OS atau sistem yang menyokong perisian di alaf baru ini dengan luas. Bermakna, segala jenis perisian komputer yang wujud pada zaman ini mampu beroperasi dengan baik dengan sistem yang disediakan di dalam Windows 10.
Lambakan perisian baru di era kemajuan IT ini menyebabkan pelbagai kewujudan pelbagai jenis sistem serpihan yang digunakan oleh perisian-perisian ini seperti skrin resolusi tinggi dan sebagainya. Lantas, windows 10 memerlukan gabungan komponen yang lebih baik untuk menyokong kesemua jenis sistem serpihan ini.
Berikut adalah senarai keperluan asas untuk Windows 10 berfungsi dengan optimum;
1. Processor minimum 1 GHz atau lebih.
2. RAM (Random Access Memory) 1 Giga Bytes untuk komputer berkapasiti 32 bit
2 Giga Bytes untuk komputer berkapasiti 64 bit
3. Ruangan di Hard Disk; 16GB untuk komputer 32 bit
20GB untuk komputer 64 bit
4. Skrin minimum memerlukan resolusi 800x600 atau lebih seperti HD (high Definition)
Comments
Post a Comment