Amerika Syarikat Vs China: Apa kesannya pada dunia Teknologi

Gambar: Presiden USA, Donald Trump berjabat tangan dengan Presiden China, XI Jinping
Sumber: Google

Umum mengetahui pada tanggal 20 Mei 2019 yang lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengumumkan sekatan besar-besaran kepada pengeluar produk barangan teknologi terbesar di China, Huawei. Pengumuman ini secara zahirnya menandakan serangan kepada ekonomi kepada Huawei umumnya dan kepada negara China khasnya. 

Gambar: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump        Sumber: Google

Tapi berita ini tidak mengejutkan bagi yang mengikuti berita-berita tentang hubungan Trump dan rakan sejawatnya di China, Xi Jinping. Kedua-dua presiden ini telahpun 'berperang' sejak saban tahun yang lepas apabila Trump memulakan 'Perang Dagang' dengan China melalui kenaikan tarif terhadap barangan import daripada negara Tembok Besar itu pada kadar yang sangat tinggi. 

Gambar: Presiden China, Xi Jinping       SUmber: Google

Kesan perang dagang ini menyumbang kepada kelembapan pergerakan ekonomi terutamanya dalam kalangan negara-negara yang berkepentingan dengan kedua-dua negara ini. Bagi negara yang bermain secara selamat atau bersikap berkecuali seperti Malaysia, kesannya agak kurang signifikan namun masih dirasai. 

Perang dagang ini tidak kurang besar impaknya pada perkembangan teknologi yang mana pemain-pemain gergasi seperti Apple, Google dan Huawei misalnya saling memerlukan sesama sendiri dari segi pengeluaran, peranti dan perisian barangan keluaran masing-masing. 

Gambar: Logo Rasmi Huawei         Sumber: Google

Sebagai contoh, Google dan Facebook Inc. yang merupakan pembekal perisian utama Huawei telahpun membatalkan kerjasamanya dengan Huawei. Permasalahan ini menyebabkan Huawei terpaksa membangunkan perisiannya sendiri termasuk Google, Facebook, Whatsapp dan Instagram dalam versinya sendiri. Hal ini amatlah rumit jika difikirkan memandangkan seluruh pengguna Huawei di dunia ini sudah biasa menggunakan perisian-perisian tersebut. 

Perkara ini berpunca daripada halangan keras Trump terhadap syarikat-syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat khasnya untuk berkerjasama dengan rakan mereka di China. Alasan utama Trump berbuat demikian adalah atas dasar keselamatan nasional yang mana beliau beranggapan penjualan atau kerjasama dengan syarikat dari China menyebabkan kebocoran maklumat dan teknologi kepada musuh mereka iaitu kerajaan China.  

Hal ini tidak diterima dengan mudah oleh kerajaan China sebaliknya mereka bangkit untuk melawannya semula dengan memboikot barangan Amerika Syarikat, termasuk rakyat mereka ditawarkan insentif oleh majikan masing-masing untuk membeli barangan Huawei dan membuang barangan Apple mereka seperti Iphone dan Mac Book baru-baru ini. Lihat video di bawah; (sumber: Arirang News) 



Kesan boikot peringkat nasional ini sememangnya mampu melumpuhkan beberapa syarikat-syarikat pengeluar utama yang berpangkalan di AS. Misalnya, NXP yang merupakan syarikat yang berpangkalan di San-Diego, Amerika Syarikat bakal kerugian sehingga 40 Billion US Dolar sekiranya China tidak membenarkan pembekalan barangannya ke dalam negara gergasi Asia itu.

Gamabr: Logo NXP-Qualcomm        Sumber: Google

Keadaan seperti ini pastinya menyebabkan kejatuhan saham NXP-Qualcomm di Wall Street seterusnya membawa kepada penutupan dan pupus. Perkara yang sama turut berlaku kepada syarikat pengeluar chip dan barangan elektronik yang turut membekal ke negara Asia itu. Lantas, situasi ini mampu menyumbang kepada kejatuhan mereka memandangkan China merupakan salah satu penyumbang Revenue terbesar mereka. 

Tidak dapat dinafikan kejatuhan saham sesebuah syarikat membawa kepada kerugian besar seterusnya pupus samada ditutup dan dilupakan atau dibeli oleh syarikat gergasi lain seperti Nokia dan Blackberry. Keadaan seperti ini pastinya membantutkan kemajuan teknologi memandangkan syarikat-syarikat inilah pemacu utama teknologi dalam kalangan masyarakat dunia seperti telefon pintar dan komputer. 

Sebaliknya, syarikat di China dan di negara yang kurang penglibatannya di dalam peperangan ini pula berpeluang untuk mendominasi pasaran dunia. Namun, pembangunan teknologi sendiri seperti Exynos oleh Samsung atau OLED akan menyebabkan harga penjualan yang sangat tinggi pada permulaannya memandangkan kos awal atau modal inovasi dan penciptaan yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu perlu dilangsaikan terdahulu. 

Gambar: Samsung Exynos, chip keluaran Samsung untuk telefon pintar
Sumber: Google

Baru-baru ini, Presiden Trump juga mengumumkan untuk meringankan halangan kerjasama ini dengan membenarkan syarikat pengeluar daripada China untuk membeli barangan keluaran Amerika Syarikat atas desakan syarikat-syarikat gergasi teknologi yang berpangkalan di sana. 

Tindakan Trump ini masih menjadi persoalan memandangkan perang dagang ini dilihat masih panas dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. Ditambah pula dengan kemajuan teknologi negara Tembok Besar itu sendiri yang dilihat akan mampu untuk berdiri sendiri pada masa akan datang. Pastinya jika perkara itu berlaku, pihak yang kalah adalah Amerika Syarikat sendiri dan masyarakat dunia akan merasai kemajuan yang tiada tolok bandingnya dalam dunia IT kerana tiada dominasi atau penentuan harga pada barangan IT hasil persaingan sesama syarikat pengeluar. 

Semua ini hanyalah penilaian daripada mata akal penulis. Pastinya pembaca juga mempunyai pandangannya yang tersendiri. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen agar kita sama-sama dapat membina satu kata putus tentang isu ini. 

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. :D





Comments

Post Paling Awesome