Apa yang Anda kena Tahu tentang Format Laptop/PC
Format laptop atau PC sememangnya sinonim dalam kalangan pengguna barangan IT seperti komputer riba atau komputer Personal. Namun, masih ramai yang keliru atau kurang faham akan maksud sebenar Format itu dan apa yang terjadi di laptop atau PC mereka apabila diformat.
Kebiasaannya, format atau clean format difahami sebagai membuang segala virus atau data di laptop seperti files, gambar ataupun 'game' dan perisian seperti 'media player' dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kelancaran dalam penggunaan laptop.
Sumber: Google |
Ya! tepat sekali!
Format dalam istilah 'technician' pula bermaksud membuang OS atau Operating System yang lama & menggantikannya dengan yang baru, seperti membuang Windows 7 dan memasukkan Windows 10 ke dalam sesebuah laptop.
Sumber: Google |
Apabila OS ini dibuang, sekaligus segala yang berada di dalamnya seperti perisian, files, gambar-gambar dan sebagainya akan turut sama dibuang. Ya! semuanya dihapuskan.
Gambar: Contoh pendrive/Flash drive Sumber: Google |
Tetapi, jika pengguna ingin menyimpan atau memastikan files atau data kekal di dalam laptop selepas diformat, data boleh diselamatkan dengan menyimpannya di tempat lain sebelum laptop diformat. Contohnya data di'copy & paste'kan di hard drive seperti pendrive, flash drive ataupun hard disk.
Jika tiada hard drive yang boleh digunakan atau tiada modal untuk membeli yang baru, cara lain yang juga lebih baik, cepat & selamat ialah dengan menyimpan data yang penting di simpanan rangkaian internet seperti Icloud dan Google Drive.
Gambar: logo Icloud Sumber: Google |
Gambar: Logo Google Drive Sumber: Google |
Sesudah laptop diformat nanti, laptop hanya akan mempunyai perisian yang asas sahaja iaitu Windows tanpa perisian sampingan seperti Google Chrome atau media player (kecuali windows 10 yang mempunyai media player sendiri). Perisian sampingan ini akan dimasukkan kemudian berserta dengan data yang disimpan di tempat lain tadi.
Comments
Post a Comment