Upgrade laptop: apa yang boleh di 'upgradekan'

Memasuki era kemajuan teknologi ini tidak dapat dinafikan lagi penggunaan barangan elektronik dalam kalangan masyarakat tersenarai sebagai salah satu kewajipan harian. Bermula dari bangun tidur, kita sudah menggunakan teknologi iaitu telefon pintar untuk melihat teks atau sebarang notifikasi yang muncul di layar depan sehinggalah ke waktu tidur melayari laman sosial untuk melihat isu-isu viral terkini. 

Disebabkan penggunaan yang meluas dan perkembangan dunia teknologi yang pesat, nilai teknologi itu sendiri masih berada pada paras yang tinggi walaupun pasaran telah pun luas serta rantaian permintaan-bekalan yang tinggi. Untuk membeli peralatan canggih terkini, masyarakat perlu mengikat perut atau menabung terdahulu ataupun terpaksa menambah beban bulanan dengan monthly installment

Namun, bagi pengguna yang bijak pertukaran barang atau upgrade untuk peralatan IT seperti laptop atau komputer merupakan jalan penyelesaian yang terbaik tanpa perlu berbelanja tinggi berbanding membeli yang baru. Naik taraf atau Upgrade ini boleh dilakukan mengikut kesesuaian dalam penggunaan peralatan tersebut seperti 'upgrade' komputer untuk gaming atau pun kerja-kerja editting. Cara ini jauh lebih jimat dan effisien memandangkan pengguna tidak perlu berbelanja untuk sesuatu yang mereka tidak perlukan. 

1. Upgrade Storage atau Tambah Ruang Simpanan Komputer 

Umum memahami ruangan atau saiz Hard Disk memainkan peranan yang penting dalam menyimpan data seperti gambar-gambar, hasil kerja, installer perisian atau files di komputer. Ruangan yang besar pastinya membolehkan lebih data untuk disimpan manakala yang ruangan yang kecil memaksa pengguna untuk menyimpan data di tempat lain seperti pendrive, external hard disk atau DVD

Gambar: Hard Disk Komputer      Sumber: Google

Data seperti gambar tidak memerlukan ruangan yang cukup besar kerana data jenis ini bersaiz kecil. Namun, data lain seperti lukisan kejuruteraan atau perisian permainan pastinya memakan ruangan yang banyak memandangkan saiz data jenis ini besar sehingga mampu mencecah Giga Bytes (GB). 

Selain itu, sistem komputer itu sendiri atau OS (operating system) memerlukan ruangan yang besar untuk beroperasi dengan baik. Sebagai contoh, windows 10 memerlukan ruangan sebesar 20 Giga Bytes untuk komputer berkapasiti 64 bit & 16 Giga Bytes untuk 32 bit. Tidak termasuk sistem perisian lain seperti Adobe Illustration dan seangkatannya yang juga memerluakn ruang yang besar untuk beroperasi. 

Walaubagaimanapun, naik taraf ruangan ini mestilah bersesuaian dengan cara penggunaan komputer. Sekiranya pengguna hanya menggunakan komputer untuk kerja-kerja menaip yang menggunakan perisian Microsoft Office (words, excel & powerpoint) contohnya, tidaklah memerlukan ruangan yang besar tetapi cukup sekadar ruangan sebesar 1 Tera Bytes. Berbeza dengan pengguna yang menggunakan perisian permainan seperti Warcraft atau perisian editan seperti Adobe yang memerlukan minima 2 Tera Bytes. Hal ini bertujuan untuk operasi perisian yang lancar dan cukup ruangan untuk menyimpan hasil kerja daripada perisian tersebut.

2. Upgrade Performance atau naik taraf prestasi komputer

Komputer lama atau telah digunakan untuk untuk pelbagai kerja akan menghadapi masalah prestasi yang merudum seperti lambat untuk beropeasi atau sangkut-sangkut. Permasalahan ini boleh berpunca daripada ruangan yang telah pun sempit, komputer dijangkiti virus atau komputer tidak mampu menyokong sistem perisian untuk beroperasi dengan baik. 

Bagi permasalahan ruangan yang telah sempit, jawapannya adalah seperti yang di atas iaitu menambah besar ruangan simpanan komputer dengan menaik taraf saiz Hard Disk kepada yang lebih besar daripada sebelumnya. Kadangkala juga permasalahan ruangan yang telah penuh disebabkan kehadiran virus yang menyerang komputer. Permasalahan virus dapat diselesaikan dengan format komputer atau pun mencegah serangan dari awal dengan perisian anti-virus yang bagus seperti Kapersky Internet Protection misalnya.

Sesetengah perisian terutamanya perisian permainan memerlukan kepada resolusi skrin yang tinggi seperti HD (high definition) atau yang terkini Blue-ray. Pertukaran atau Upgrade Graphic card diperlukan untuk kes seperti ini bagi komputer menyokong operasi perisian permainan memandangkan terdapat perisian permainan yang tidak dapat dipasangkan atau install dan digunakan kerana graphic card asal komputer tidak dapat menampung operasinya. 

Gambar: Contoh Graphic Card komputer        Sumber: Google

Permasalahan komputer tidak dapat membantu perisian beroperasi dengan baik adala berpunca daripada spesifikasi yang tidak mencukupi seperti RAM yang kecil atau perisian memerlukan kepada SSD (solid state drive). 

Gambar: Contoh SSD      Sumber: Google

Penggunaan perisian yang berat atau besar seperti Adobe Photoshop memerlukan kepada penggunaan RAM yang besar dan SSD untuk kelancarannya beroperasi. Contoh lain adalah seperti perisian permainan, misalnya PUBG memerlukan RAM untuk menyokong operasi emulator dan perisian tersebut. Justeru, pengguna harus mengenalpasti keperluan asas sebelum menggunakan sesuatu perisian itu. Maklumat tersebut boleh didapati di files atau website yang digunakan untuk memuat turun perisian itu. 

Gambar: Contoh RAM komputer      Sumber: Google

Bagi mengenalpasti spesifikasi komputer pula, pengguna boleh melihat maklumat tersebut di bahagian info komputer seperti berikut;

taip my computer di ruangan search atau carian  > Klik pada properties 

Gambar: Contoh Spesifikasi komputer        Sumber: Google

Di situ pengguna boleh melihat spesifikasi komputer dengan lengkap & bandingkan dengan spesifikasi yang diperlukan untuk perisian beroperasi.

Akhir sekali, segala kerja-kerja penaik tarafan ini bergantung kepada kapasiti komputer untuk dinaik taraf. Misalnya, terdapat komputer yang mempunyai had RAM yang tertentu dan tidak boleh dinaik taraf lagi walaupun RAM yang ada dipasaran jauh lebih tinggi. Begitu juga dengan graphic card dan komponen yang lain-lain. 

Lantas, pastikan mengkaji terdahulu secara terperinci tentang komputer atau bertanyakan kepada juru-teknik yang berpengalaman sebelum melakukan sebarang perubahan untuk mengelakkan pembaziran atau isu tersalah beli yang pastinya merugikan pengguna. 

Comments

Post Paling Awesome