NOKIA: Gergasi yang dilupakan

Sumber: Google

Pada awal alaf baru tahun 2000, masyarakat dunia bergantung penuh kepada telefon pintar keluaran Nokia untuk berkomunikasi. Daripada peneraju telefon bimbit lipat atau flip phone sehingga ke generasi applikasi permainan maya di Nokia N Gage serta rekaan bentuk moden iaitu Nokia 7610 (nokia daun) dan Nokia 6600 (Nokia Sabun), Nokia sentiasa di hadapan. 

Gambar: Nokia 7610      Sumber: Google

pada penghujung 90-an, Nokia merupakan peneraju utama kemajuan telefon bimbit dengan penglibatannya di dalam perkembangan teknologi 3G dan LTE serta mencatatkan hasil jualan sehingga 4 billion US Dolar (tertinggi ketika itu) pada 1999. 

Gambar: Nokia 6600   Sumber: Google

Di kemuncak kegemilangannya pada 2000, Nokia menyumbang sebanyak 4% kepada hasil keluaran kasar dalam negera dan nilai eksport 21% daripada jumlah keseluruhan negara Finland. Tambahan lagi, Nokia menyumbang kepada 70% nilai saham di Helsinki Stock Exchange (Bursa Saham Finland) dan Nokia menjadi kebanggaan rakyat Finland sehingga ke hari ini.

Pencapaian cemerlang ini tidak berhenti setakat itu sahaja apabila Nokia 1100 yang memasuki pasaran dunia pada 2003 dinobatkan sebagai telefon bimbit paling terbaik dengan hasil jualan tertinggi dalam sejarah.

Gambar: Logo Rasmi Nokia   Sumber: Google

Kejayaan Nokia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi dengan jumlah penjualan barangan mereka di pasaran yang sangat tinggi dalam sejarah telefon bimbit. Nokia mencatatkan penguasaan pasaran sehingga 50% pada 2007 (50% pengguna telefon bimbit dunia menggunakan barangan Nokia) dan Apple hanya sekitar 5%.   

Namun tiada yang meyangka, tahun 2007 itu merupakan permulaan kepada zaman kejatuhan gergasi dari eropah ini. 

Apple mula melangkah ke depan bermula pada 2008 apabila iphone 3G diperkenalkan kepada pasaran dunia menggantikan iphone 2007 dengan harga jauh lebih murah iaitu separuh daripadanya. Selain stratergi pemasaran dan kadar penerimaan yang tinggi serta kejayaan Apple memasuki sehingga 70 negara dunia ketika itu melonjakkan barangan Apple serta nilai sahamnya di Wall Street. 

Gambar: Iphone 3G   Sumber: Google

Manakala Nokia pula memilih untuk mengeluarkan telefon bimbit berlatarkan konsep Express On dengan 3 model utamanya iaitu Nokia N97, Nokia 2605 Mirage dan Nokia 880 Gold Arte. Tidak dilupakan juga dengan model Nokia 6208 Classic yang masih mengekalkan ciri klasik Nokia. 

Gambar: Nokia N97   Sumber: Google

Selain faktor polisi serta insentif yang diberikan oleh kerajaan tempatan kepada syarikat pengeluar, faktor penguasaan pasaran serta polisi asing kerajaan juga turut memainkan peranan penting dalam kejayaan Apple dan menyumbang kepada kegagalan Nokia untuk bersaing. Saban tahun sejak dahulu lagi, Amerika Syarikat menguasai pasaran yang luas misalnya dunia perfileman. Penguasaan yang sudah lama ini memudahkan Apple yang juga membawa nama Amerika Syarikat untuk bersaing dengan Nokia yang merupakan sebuah syarikat berpangkalan di Finland, Eropah.

Penerimaan masyarakat dunia untuk teknologi yang lebih canggih iaitu skrin sentuh di telefon bimbit mereka menaikkan nilai penerimaan barangan Apple. Norma masyarakat untuk merasai teknologi canggih menjatuhkan nilai barangan Nokia yang masih kekal dengan telefon bimbit yang menggunakan butang nombor dan huruf pada majoriti barangan keluaran mereka ketika itu. 

Cerita sedih ini tidak lengkap sekiranya hal tentang penjualan banguna ibu pejabat Nokia yang megah dan moden tidak dikongsi. Pada 2012, Nokia memutuskan untuk menjual bangunan ibu pejabatnya kepada syarikat Exilion yang juga berpangkalan di Finland pada harga 222 Juta US Dolar. Kawasan berkeluasan 48,000 meter persegi itu berpindah milik kepada tuan yang baru dengan syarat Nokia akan menjadi penyewa utama mereka. Ianya seperti anda menjual rumah kepada seseorang dan anda pula menyewa bilik di rumah itu. 

Gambar: Banguna Ibu pejabat Nokia di Espoo, Finland
Sumber: Google

Nokia menghadapi kejatuhan maksima pada 2013 apabila mereka menjual syarikat tersebut kepada rakan kerjasama iaitu Microsoft untuk dibangunkan semula di sektor yang dipanggil Microsoft Mobile. Namun, jenama dan nama asal Nokia terus diguna pakai dengan suntikan modal dan jaminan keluar oleh Microsoft. Nokia telah dibeli oleh Microsoft milik Bill Gates dengan nilai 7.2 Billion US dolar dan mula bertumpu kepada internet of things untuk kembali bersaing dengan gergasi teknologi yang lain. 

Gambar: Pemandangan di Bandar Espoo, Finland
Sumber: Google

Walaupun Nokia telahpun menurut permintaan pasaran dunia seperti skrin sentuh, teknologi 4G dan sebagainya, mereka masih kurang diterima masyarakat dunia apabila perisian Windows pula dilihat gagal menyaingi kehebatan IOS dan Android. Perisian Nokia yang 'eksklusif' ini membuatkan Nokia dilihat asing dalam kalangan pengguna telefon bimbit yang rata-ratanya menggunakan IOS atau Android. Ditambah pula dengan kemudahan dan sifat variasi applikasi yang ditawarkan oleh IOS dan Android berbanding Microsoft, Nokia terus ditolak oleh pengguna telefon bimbit di seluruh dunia. 

Kegagalan Nokia ini sememangnya menjadi topik perbualan penting bagi seluruh dunia yang mengikuti perkembangannya. Kebanyakannya merasakan faktor ketandusan idea dan masalah politik dalaman yang membawa kepada kejatuhan gergasi ini. Namun, hanya warga kerja Nokia sahaja yang memahami dengan jelas punca kejatuhan syarikat eropah ini.

Maklumat Ringkas tentang Nokia:

1. Diasakan pada 1865 di Finland. Ibu pejabatnya di Bandar Espoo, Finland.

2. Terlibat dengan pelbagai industri sepanjang beroperasi iaitu yang utamanya adalah kertas, getah dan kabel. pada 1990-an bertumpu kepada industri telekomunikasi.

3. Setakat 2018, mempunyai seramai lebih kurang 103,000 orang pekerja di 100 buah negara.

4. Nokia 3310 versi lama diperkenalkan pada 1 September 2000.

Gambar: Nokia 3310 Versi tahun 2000
Sumber: Google
Gambar: Nokia 3310 Versi Baru
Sumber: Google



Comments

Post Paling Awesome