Apa itu Servis Laptop & kepentingannya

Tersangatlah jarang untuk pengguna IT memahami peri pentingnya untuk servis laptop mereka setelah bertahun digunakan. Penggunaan Laptop atau PC yang kerap seperti penggunaan kereta dalam seharian juga memerlukan kepada servis. 


Seperti kereta juga, laptop atau PC perlu kepada pembersihan di bahagian dalam seperti pembersihan kipas untuk memastikan bahagian dalam laptop kekal sejuk. Kipas yang terlalu berhabuk akan menyebabkan kipas berpusing perlahan seterusnya pengaliran udara di bahagian dalam laptop atau PC tidak berlaku dengan baik. 


Gambar: Kipas laptop yang berhabuk


Pembersihan habuk ini yang tampak agak remeh dan leceh ini tidak kurang pentingnya dalam memastikan laptop/pc berfungsi dengan optimum. Habuk yang tebal kadangkala memasuki ruangan celah-celah komponen seperti RAM atau sambungan kabel & wayar. Perkara ini mengundang tidak lain tidak bukan gangguan kepada kelancaran operasi komputer seterusnya emosi dan produktiviti penggunanya.



Gambar: Bahagian dalam laptop yang berhabuk tebal


Proses servis ini juga mengambil kira tentang 'thermal paste' yang merupakan cecair berfungsi untuk membantu pengaliran keluar haba dari processor atau cpu di motherboard keluar laptop atau PC. Thermal paste yang telah lama digunakan pastinya akan mengeras atau terlalu kering menyebabkan sifatnya sebagai pengalir haba tidak lagi effisien, perkara ini membawa kepada haba terperangkap seterusnya bahagian dalam laptop atau PC menjadi panas.


Gambar: Thermal paste yang sudah lama
Permasalahan yang lebih besar akan timbul apabila habuk menebal di bahagian Motherboard. Kewujudan habuk dalam situasi ini bakal mengundang kepada litar pintas di motherboard memandangkan kehadiran habuk sebagai laluan 'alternatif' untuk elektrik mengalir disebabkan sifat konduktif habuk itu sendiri. Kerosakan motherboard tentunya mimpi ngeri untuk pengguna komputer terutamanya dalam keaddan 'klimaks' seperti 'Final Year Project' atau 'tender submission'.


Gambar: bahagian atas motherboard
Kerja-kerja pembersihan juga bukan takat bertumpu kepada komponen di dalam laptop atau PC, malah juga untuk memastikan tiadanya sarang semut atau serangga kecil di dalamnya. Serangga kecil seperti semut atau tebuan tanah sering menjadikan bahagian dalam laptop untuk membina sarang. Hal ini berkemungkinan disebabkan faktor suhu atau lokasi yang stratergik seperti tertutup & tersembunyi terutamanya di CPU ataupun laptop pejabat yang tidak berganjak ke tempat lain.


Sebaiknya laptop atau PC harus dihantar ke kedai untuk servis selepas 1-2 tahun digunakan untuk memastikan tempoh jangka hayat yang lebih panjang dan operasi CPU yang optimum.

Comments

Post Paling Awesome